Saturday, 23 April 2011

INTRODUKSI aku

“ATISHA ada blog?? “
“Apa tu namanya, ‘iesy’ ke apa entah?”
 Ujar sahabatku tiba-tiba di satu sore di Darul Quran.
Lain macam ja bunyi intonasi dia tu.
Aku menghidu bau hanyir udang di sebalik kata-katanya.
Macam nak ‘menyerang’ nampak gayanya.
 “Eh, dapat tahu dari mana?”
Aku tersangkak malu. Sedikit terkejut ada orang yang tahu.
“Tak sengaja terbuka. Kosong lagi pula tu.”
Dush. Kena sebiji. Kan aku dah agak dia nak ‘serang’.
Aku hanya membalas dengan tawa kecil kata-kata berbaur sindiran itu.
“Baru buat la..”Hanya membalas sekadar mempertahankan diri.
Selebihnya  aku menderma sengih. Lama.

Nope2,  ini bukan sengihanku, hehe..(tayang gigi nampak)
Kalah aku miss 'gigibiru', ahaks.

Aha, aku sengih lebih kurang macam budak yang sebelah kanan tu. 
Sengih ala nippon nak 'pikat' orang.

Padaku bukan senang mahu memula apatah mahu mengakhiri. Bukan tak pernah mencuba. Bahkan berkali-kali niat hendak menge’post’. Namun sentiasa ada sebab menjadi. Barangkali mencari iktikad hati. Supaya tidak lari daripada orbit sunnah dan syariati.

Kerana setiap patah kata punya tanggungjawab dan tafsiran. Dan aku sendiri punya agenda rasmi. Iaitu blog tatapan peribadi. Mencorak catan untuk mengingat diri. Agar tekal mencintai Ilahi. Kerana diriku harus senantiasa diperingati.

Hatiku berdebar bangat, takut teramat setiap kali teringat Firman ALLAH S.W.T yang termaktub di kalam suci.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
                                                                                          (Surah As-Shoff:Ayat2 dan3)

 Tambah seriau apabila aku sedang berkata-kata(menyampaikan), bagai terdengar-dengar beralunan di cuping telinga. Kerana aku sangat kenal diriku, mudah lupa akan apa yang sudah aku sampaikan. Bahkan kerap meninggalkan apa-apa yang kuperkatakan. AstaghfirULLAH atas kelupaanku.

Andai ku punya recorder akan ku rakam setiap butir kataku.(yalah tu..:))

Benci menunjukkan murka. Moga melalui wasilah blog ini, murka ALLAH bisa terhindar. Dengan adanya catatan blog ini, aku akan sentiasa di'peringat' setiap kali melihat. Sezarah usahaku ini, paling tidak, murka ALLAH tidak menjadi sebab penghalang  dari jiwaku penuh dengan takungan hidayahNYA. InsyaALLAH. Amin.

  O Ya ALLAH, please granted my wish!

No comments:

Post a Comment