Thursday, 28 July 2011

KEMBALIKAN ramadanku



Pilihlah aku untuk ramadan ini, ya ALLAH..

Hatiku sayu. Membaca peringatan, pengalaman, kenangan bermacam jenis orang di blog-blog mereka tentang bulan Ramadan. Bagaimana Ramadan berjaya mengubah mereka. Meninggalkan kesan dalam jiwa mereka.  Transformasi diri kepada luar biasa. Tak kurang juga yang meluahkan hati merindu sunnah nabi. Tamar dan susu. Solat tarawih. Iktikaf. Rindu untuk diaplikasi dan diamalkan di bulan Ramadan. Ada juga menunjukkan keterujaan kedatangan Ramadan dengan meng’upload’ video. Meletakkan satus di facebook. Menyanyikan lagu dan macam-macam lagi. Masing-masing dengan pelbagai cara. Why?? Kerana Ramadan memberi impak kepada mereka.

…RAMADAN…

Benar hatiku terpalit cemburu yang amat. Aku ternyata jauh berbeza daripada mereka. Terkenang Ramadanku yang lalu. Tiada apa yang dapat kubangga. Ramadanku hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Melakukan aktiviti Ramadan atas dasar kewajipan semata. Kesan pada pancaindera dan jiwa masih di takuk lama. Di mana manisnya Ramadan? Mengapa ku rasa Ramadanku sebelum ini tidak sama seperti mereka. Mengapa tidak banyak perubahan pada diriku. Mengapa Ramadanku terasa kosong sama sekali. Mengapa Ramadanku kehilangan denyut nadinya. Hadirnya ku lalui seperti biasa. Seperti tiada apa yang kucapai dalam Ramadan sebelum ini. Sudahnya, Ramadan, bulan umat Muhammad berlalu begitu sahaja.

 Ya ALLAH, tolong kembalikan rinduku, cintaku pada bulan Ramadan.

Walhal, inilah bulan cinta. Mengganda cinta hanya untuk DIA.  Betapa bertuah insan-insan yang terpilih untuk melalui Ramadan. Seterusnya menggapai tahap taqwa yang dijanjikan ALLAH dalam kalam suciNYA. Aku benar mengharap KAU memilihku Ramadan kali ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(al-Baqarah:183)

Sekali lagi, Ya ALLAH, pilihlah aku untuk Ramadan ini..

Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SubhanALLAH, Bulan dijanjikan pengampunan. Sujud dan syukur, hamba ALLAH yang sukses kembali kepada fitrah diri. Seperti bayi suci tanpa dosa.

 Puasa Hak Pregoratif ALLAH

“Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ALLAH berfirman: “Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-KU dan AKU yang memberi ganjarannya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

See, how special Ramadan is and how special we are if we are meant to be chosen.
THUS, say tahmid and show our gratitude to HIM by giving the best.

Izinkan ku Ya RABB, untuk berusaha seluruh kudrat upaya ku Ramadan ini..
Agar tiada lagi penyesalan andai ini Ramadan terakhirku..

..i’esy mai’esyati bi ramadhan…



~IKLAN~

Kisah selingan-countdown sebelum Ramadan

Malam Selasa, 25 Julai 2011. 
Selaku pelajar CFS IIUM PJ, dedikasi, taat dan baik, my roomies and I, semua sedang bersiap sedia untuk menggempur mid-sem examination.

In  the room, Khadijah Tower.

“….Arghhh..”
“Mar, kenapa ni..?”
“Biology ni, banyak lagi tak baca. Akak dok relax sangat buat Mathematics tu kenapa?”
Aku pun toleh kiri-kanan. Ya tak ya juga. Semua roomiesku tengah studi Biology.
“Yalah, Mathematics is killing me..” Aku memang tak ditakdirkan untuk Math ni. Usaha pun kena lah killing juga. Makan pain-killer pun tak selesai masalah.
Terdetik juga dekat dalam hati, ‘habis tu Biologi??’
Pula tu, subjek matematik dan biologi ditakdirkan pada hari yang sama.
Killing,killing. Sad..

sob..sob..sob..

Not so long after that, my room seem to get fogging.

Apasal rasa macam dekat kayangan. Awan berkepul-kepul macam 
dekat dalam tv tu.(Padahal mata yang dah kelabu asap).
Menguap pula macam tak cukup bekalan oksigen dekat ala-ala kayangan ni.
Aku pun bangun dari meja studi. Jalan perlahan-lahan.
Pergilah dekat katil of heaven, baru sahaja hendak menyempurnakan posisi.
“..Akak, buat apa tu?” Tini dah bersuara.
“..Erm, baring jap. Tolonglah kejut akak.”
“Kan dah kata. Nak tidoq la tu. Pukul berapa?”
“Lebih kurang 30minit jalah”
“Yalah tu, kalau ‘syahidah’ juga?”
“Sembur dengan apa tu, air miswak??
“Air kiswah la kak.”

OK. Cut..
Dah merapu+melalut dah ni..
Cukuplah di sini sahaja.


Alkisah this humble servant, sanggup stay up till late of night, semata-mata buat revision. Sebelum-sebelum ini, berusaha siapkan assignment dan tutorial (konon ja tu). But, what is my preparation to welcome Ramadan? Did I do any assignment about finding the benefits of Ramadan? What is the sunnah that should be practised during Ramadan? I didn't even plan or do any proposal regarding what I'm going to do if He gave me the CHANCES to breathe during HIS month of Ramadan. Membaca SOLUSI edisi 34, membuat hati tersentap. Andai ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Janganlah jadi seperti aku, mengharungi Ramadan demi Ramadan tanpa memahat memori. Ambillah peluang ini, agar andai Ramadan telah melambai jauh, jiwa bergoncang hebat, berteriak, kembalikan Ramadanku. Kembalikan Ramadanku. Pergi Ramadan ini, bukan pergi yang sia-sia. Tetapi tetap di dalam nubari, roh dan semangat Ramadan. Untuk diperjuangkan. 

Kesedaran dan dorongan untuk sedar itu penting. Biarlah perasaan. Jangan dilayan sangat. Makin dilayan, makin hanyut. Yang penting, kita sekali lagi ingin bermula. Sebaik sahaja kita rasa terjatuh ke dalam lembah dosa dan kehinaan, jangan berhenti berharap pada ALLAH dan terus membiarkan diri terjatuh. Biar aku datang kepada DIA dalam keadaan merangkak-rangkak sekali pun. 

O My LORD! Aku  memohon kekuatan untuk menjadi istimewa, seistimewa Ramadan. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment