Thursday, 28 July 2011

KEMBALIKAN ramadanku



Pilihlah aku untuk ramadan ini, ya ALLAH..

Hatiku sayu. Membaca peringatan, pengalaman, kenangan bermacam jenis orang di blog-blog mereka tentang bulan Ramadan. Bagaimana Ramadan berjaya mengubah mereka. Meninggalkan kesan dalam jiwa mereka.  Transformasi diri kepada luar biasa. Tak kurang juga yang meluahkan hati merindu sunnah nabi. Tamar dan susu. Solat tarawih. Iktikaf. Rindu untuk diaplikasi dan diamalkan di bulan Ramadan. Ada juga menunjukkan keterujaan kedatangan Ramadan dengan meng’upload’ video. Meletakkan satus di facebook. Menyanyikan lagu dan macam-macam lagi. Masing-masing dengan pelbagai cara. Why?? Kerana Ramadan memberi impak kepada mereka.

…RAMADAN…

Benar hatiku terpalit cemburu yang amat. Aku ternyata jauh berbeza daripada mereka. Terkenang Ramadanku yang lalu. Tiada apa yang dapat kubangga. Ramadanku hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Melakukan aktiviti Ramadan atas dasar kewajipan semata. Kesan pada pancaindera dan jiwa masih di takuk lama. Di mana manisnya Ramadan? Mengapa ku rasa Ramadanku sebelum ini tidak sama seperti mereka. Mengapa tidak banyak perubahan pada diriku. Mengapa Ramadanku terasa kosong sama sekali. Mengapa Ramadanku kehilangan denyut nadinya. Hadirnya ku lalui seperti biasa. Seperti tiada apa yang kucapai dalam Ramadan sebelum ini. Sudahnya, Ramadan, bulan umat Muhammad berlalu begitu sahaja.

 Ya ALLAH, tolong kembalikan rinduku, cintaku pada bulan Ramadan.

Walhal, inilah bulan cinta. Mengganda cinta hanya untuk DIA.  Betapa bertuah insan-insan yang terpilih untuk melalui Ramadan. Seterusnya menggapai tahap taqwa yang dijanjikan ALLAH dalam kalam suciNYA. Aku benar mengharap KAU memilihku Ramadan kali ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(al-Baqarah:183)

Sekali lagi, Ya ALLAH, pilihlah aku untuk Ramadan ini..

Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SubhanALLAH, Bulan dijanjikan pengampunan. Sujud dan syukur, hamba ALLAH yang sukses kembali kepada fitrah diri. Seperti bayi suci tanpa dosa.

 Puasa Hak Pregoratif ALLAH

“Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ALLAH berfirman: “Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-KU dan AKU yang memberi ganjarannya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

See, how special Ramadan is and how special we are if we are meant to be chosen.
THUS, say tahmid and show our gratitude to HIM by giving the best.

Izinkan ku Ya RABB, untuk berusaha seluruh kudrat upaya ku Ramadan ini..
Agar tiada lagi penyesalan andai ini Ramadan terakhirku..

..i’esy mai’esyati bi ramadhan…



~IKLAN~

Kisah selingan-countdown sebelum Ramadan

Malam Selasa, 25 Julai 2011. 
Selaku pelajar CFS IIUM PJ, dedikasi, taat dan baik, my roomies and I, semua sedang bersiap sedia untuk menggempur mid-sem examination.

In  the room, Khadijah Tower.

“….Arghhh..”
“Mar, kenapa ni..?”
“Biology ni, banyak lagi tak baca. Akak dok relax sangat buat Mathematics tu kenapa?”
Aku pun toleh kiri-kanan. Ya tak ya juga. Semua roomiesku tengah studi Biology.
“Yalah, Mathematics is killing me..” Aku memang tak ditakdirkan untuk Math ni. Usaha pun kena lah killing juga. Makan pain-killer pun tak selesai masalah.
Terdetik juga dekat dalam hati, ‘habis tu Biologi??’
Pula tu, subjek matematik dan biologi ditakdirkan pada hari yang sama.
Killing,killing. Sad..

sob..sob..sob..

Not so long after that, my room seem to get fogging.

Apasal rasa macam dekat kayangan. Awan berkepul-kepul macam 
dekat dalam tv tu.(Padahal mata yang dah kelabu asap).
Menguap pula macam tak cukup bekalan oksigen dekat ala-ala kayangan ni.
Aku pun bangun dari meja studi. Jalan perlahan-lahan.
Pergilah dekat katil of heaven, baru sahaja hendak menyempurnakan posisi.
“..Akak, buat apa tu?” Tini dah bersuara.
“..Erm, baring jap. Tolonglah kejut akak.”
“Kan dah kata. Nak tidoq la tu. Pukul berapa?”
“Lebih kurang 30minit jalah”
“Yalah tu, kalau ‘syahidah’ juga?”
“Sembur dengan apa tu, air miswak??
“Air kiswah la kak.”

OK. Cut..
Dah merapu+melalut dah ni..
Cukuplah di sini sahaja.


Alkisah this humble servant, sanggup stay up till late of night, semata-mata buat revision. Sebelum-sebelum ini, berusaha siapkan assignment dan tutorial (konon ja tu). But, what is my preparation to welcome Ramadan? Did I do any assignment about finding the benefits of Ramadan? What is the sunnah that should be practised during Ramadan? I didn't even plan or do any proposal regarding what I'm going to do if He gave me the CHANCES to breathe during HIS month of Ramadan. Membaca SOLUSI edisi 34, membuat hati tersentap. Andai ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Janganlah jadi seperti aku, mengharungi Ramadan demi Ramadan tanpa memahat memori. Ambillah peluang ini, agar andai Ramadan telah melambai jauh, jiwa bergoncang hebat, berteriak, kembalikan Ramadanku. Kembalikan Ramadanku. Pergi Ramadan ini, bukan pergi yang sia-sia. Tetapi tetap di dalam nubari, roh dan semangat Ramadan. Untuk diperjuangkan. 

Kesedaran dan dorongan untuk sedar itu penting. Biarlah perasaan. Jangan dilayan sangat. Makin dilayan, makin hanyut. Yang penting, kita sekali lagi ingin bermula. Sebaik sahaja kita rasa terjatuh ke dalam lembah dosa dan kehinaan, jangan berhenti berharap pada ALLAH dan terus membiarkan diri terjatuh. Biar aku datang kepada DIA dalam keadaan merangkak-rangkak sekali pun. 

O My LORD! Aku  memohon kekuatan untuk menjadi istimewa, seistimewa Ramadan. InsyaALLAH.

Thursday, 9 June 2011

INDAHNYA derita

“If you want to identify with the spirit of the Quran, you must practically involve [yourself] with the struggle to fulfill its mission. For the Quran is not a book of abstract theories and cold ideas, which one can grasp while seated in a cosy arm chair. Nor is it merely a religious book like other religious books, whose meanings can be grasped in seminaries and oratories.”

On the contrary, it is a Book which contains a message, and invitation, which generates a movement. The moment it began to sent down, it impelled a quiet and pious man to abandon his life of solitude and confront the world that was living in rebellion against God. It inspired him to raise his voice against falsehood, and pitted him in a grim struggle against the lords of disbelief, evil and inquity. One after the other, from every home, it drew every pure and noble soul, and gathered them under the banner of truth. In every part of the country, it made all the mischevious and the corrupt to rise and wage war against the bearers of the truth.

This is a Book which launched a glorious movement, with the voice of a single individual, and continued to provide guidance to it for twenty-three years, till the establishment of the Kingdom of God on earth. At every stage during this long and heart-rending struggle between truth and falsehood, this Book showed its followers the ways to eradicate the old order and usher in the new.

‘Is it, then, possible, to reach the heart of the Quran merely by reading its words, without ever stepping upon the battlefield of faith and disbelief, of Islam and Ignorance, without passing through any stage of the struggle? No, you can understand the Quran only when you take it up, begin to act upon it, and call mankind to God, and when every step you take is in obedience to its guidance.

‘Then and only then, you will go through all the events and experiences which occurred during the course of its revelation. You will then pass through Makka, and Habash, and Taif; you will face Badr, Uhud, Hunayn and Tabuk. You will encounter Abu Jahl and Abu Lahab; you will meet the hypocrites and Jews; you will come face to face with those who instantly responded to this call as well as those who were drawn into Islam seeking some gain. You will come across all of these human models; you will deal with all of them.

This is a path different from the so-called ‘mystic-path’, which I name the ‘Quranic path’ that, as you pass through its various stations and stages, certain Surahs and Ayahs will disclose their full message to you, and tell you that they were revealed precisely for this stage and station that you are passing through. You may miss some linguistic and grammatical subtleties, you may miss certain finer points in the rhetoric and semantics of the Quran, yet it is impossible that the Quran will fail to reveal its full and true spirit to you.

In the same way, no person can ever understand the legal injunctions, the moral teachings, and the political and economic directives of the Quran, unless and until he puts them into practice. Neither the individual who lives independently of the Quran nor the nation which runs its institutions in violation of its guidance can discover the spirit of the Quran.’

Reference: Tahfhimul Quran, Vol.I, Lahore, 1979, pp.33-4 quoted in Murad, Khurram, ‘Way to the Quran’, The Islamic Foundation, Leicester, UK, 1991. The above quoted passage appears in the latter on pages 117-118.

                                                                                               Sumber: Abulala.com

Saya sangat terkesan. Membaca artikel beliau The Quranic Path membuat saya merasa saya inI sebenarnya dalam kalangan huffaz. Perlu berjiwa besar. Tabah mengharung mehnah. Bukan untuk huffaz sahaja. Bahkan semua yang bernama manusia harus disedarkan. Tentang JALAN AL-QURAN.

AL-HAFIZ  wa AL-HAFIZAH

Gahnya nama. Kalau sebut al-hafiz/ al-hafizah, siapa yang tidak kagum.

“Inilah penghuni syurga”
“Huffaz adalah pemimpin!”
“ Huffaz adalah front liner”

Pelbagai komen dan perpektif masyarakat yang kita boleh dengar.
Pendek kata, orang pandang tinggi huffaz ini.
Begitu besar amanah yang perlu dipikul.

26 Mei 2011

Pagi

Pelajar Persijilan Semester 3  DQ-UIAM Sesi 10/11 kelihatan bersedia untuk melalui peperiksaan Syafawi  Al-Quran. Macam-macam ragam, gaya dan rencana yang boleh dilihat. Ada yang sekejap buka depan, buka belakang pula. Tak habis baca lagi satu muka dah buka muka surat lain. Tak kurang pula bagi yang masyi, sekadar mengulang di dalam kepala. Tak keruan melihat. Hari ini merupakan kembara huffaz yang sebenar. Setelah hampir setahun setengah membanting tulang, memerah keringat, sekali lagi kita diuji.

Petang

“Perhatian kepada pelajar persijilan, nama pelajar yang terpilih mengikuti tasfiyah telah ditampal di papan kenyataan.”
Kedengaran di corong telinga, pengumuman berkumandang. Terus berdebar macam nak tercabut jantung. Kecoh satu asrama dengan pengumuman itu. Dalam hati berdetik, letakkan jiwa dalam genggaman Dia. Mengharap yang terbaik dariNYa untuk hamba hina.

Bayangkan kehendak ALLAH,adik-beradik IQRaC kena tasfiyah. Memang sangat sakit. Sekali pandang ada yang cakap, alah dah habis sem pun.Biar aku bukan di tempat mereka.  Melihat sahaja rasa terseksa. Hingga terasa diri ini yang patut kena. Letakkan diri di tempat mereka. Tuntutan pengorbanan perasaan tu ALLAH sahaja yang tahu. Siapa tak sedih belum habis exam, mubtahil dah cakap hari jumaat(hari tasfiyah dijalankan) kita jumpa.

Nak katanya, kalau kita dah pilih jalan nak jadi huffaz, perlulah beribu kali ganda bersedia untuk menerima berbilion kali kesusahan, kesedihan, kesakitan, tanggungjawab, kesakitan. Kerana Al-Quran, bukan diturunkan sekadar perhiasan atau mainan. Huffaz bukan terpilih. Bahkan dipilh untuk menjadi ahli ALLAH.

Kalau rasa tertekan  sikit dah nak mengaku kalah. Memilih rebah daripada berubah. Silalah berundur. Jangan selarkan diri kita huffaz. Kerana bila kita nak pegang Al-Quran, kita perlu melalui seperti apa yang terkandung dalam Al-Quran. Segala keperitan dan penderitaan menghafaz, mengingat dan mengamalkan Al-Quran. Itulah yang layak unutk kita. Penderitaan itu menjadi satu rutin WAJIB dilalui.

 Lebih-lebih lagi kita yang menghafaz Al-Quran. Ingin membawa bersama yang lain menuju Quranic Path.

Kesakitan mengharungi tiga semester di Darul Quran itu hanya kecil berbanding kesakitan yang dialami Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dalam mengakkan Islam sebagai satu sistem. Mempraktiskan segala yang terkandung dalam Al-Quran. Merasai dari jiwa yang dalam setiap perjalanan yang ditempuhi. At last, all the taste and flavours, bitter,sour sweet and salty turn into something we called, shiawase.

Akhirnya, indahnya derita kerana semua dinilai Yang Esa.


Saturday, 23 April 2011

INTRODUKSI aku

“ATISHA ada blog?? “
“Apa tu namanya, ‘iesy’ ke apa entah?”
 Ujar sahabatku tiba-tiba di satu sore di Darul Quran.
Lain macam ja bunyi intonasi dia tu.
Aku menghidu bau hanyir udang di sebalik kata-katanya.
Macam nak ‘menyerang’ nampak gayanya.
 “Eh, dapat tahu dari mana?”
Aku tersangkak malu. Sedikit terkejut ada orang yang tahu.
“Tak sengaja terbuka. Kosong lagi pula tu.”
Dush. Kena sebiji. Kan aku dah agak dia nak ‘serang’.
Aku hanya membalas dengan tawa kecil kata-kata berbaur sindiran itu.
“Baru buat la..”Hanya membalas sekadar mempertahankan diri.
Selebihnya  aku menderma sengih. Lama.

Nope2,  ini bukan sengihanku, hehe..(tayang gigi nampak)
Kalah aku miss 'gigibiru', ahaks.

Aha, aku sengih lebih kurang macam budak yang sebelah kanan tu. 
Sengih ala nippon nak 'pikat' orang.

Padaku bukan senang mahu memula apatah mahu mengakhiri. Bukan tak pernah mencuba. Bahkan berkali-kali niat hendak menge’post’. Namun sentiasa ada sebab menjadi. Barangkali mencari iktikad hati. Supaya tidak lari daripada orbit sunnah dan syariati.

Kerana setiap patah kata punya tanggungjawab dan tafsiran. Dan aku sendiri punya agenda rasmi. Iaitu blog tatapan peribadi. Mencorak catan untuk mengingat diri. Agar tekal mencintai Ilahi. Kerana diriku harus senantiasa diperingati.

Hatiku berdebar bangat, takut teramat setiap kali teringat Firman ALLAH S.W.T yang termaktub di kalam suci.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
                                                                                          (Surah As-Shoff:Ayat2 dan3)

 Tambah seriau apabila aku sedang berkata-kata(menyampaikan), bagai terdengar-dengar beralunan di cuping telinga. Kerana aku sangat kenal diriku, mudah lupa akan apa yang sudah aku sampaikan. Bahkan kerap meninggalkan apa-apa yang kuperkatakan. AstaghfirULLAH atas kelupaanku.

Andai ku punya recorder akan ku rakam setiap butir kataku.(yalah tu..:))

Benci menunjukkan murka. Moga melalui wasilah blog ini, murka ALLAH bisa terhindar. Dengan adanya catatan blog ini, aku akan sentiasa di'peringat' setiap kali melihat. Sezarah usahaku ini, paling tidak, murka ALLAH tidak menjadi sebab penghalang  dari jiwaku penuh dengan takungan hidayahNYA. InsyaALLAH. Amin.

  O Ya ALLAH, please granted my wish!